Tuesday, February 7, 2012

Sebuah Cerita..Sangat Bermakna..

Assalamualaikum teman2..Alhamdulillah sempat juga di tahun nie Panda meraikan Maulidur Rasul..cuma terkilan tak dapat sama2 menyambutnya di kampung kerana paginya Panda masih bekerja..Malam sebelum Maulidur Rasul tu Panda sempat menonton slot Cerekarama di TV3..Tajuknya Al-Ikhlas lakonan Nasir Bilal Khan,Lisdawati,Fauziah Nawi,Abu Bakar Omar,Soffi Jikan dan Wan Suhaimie..Bagi Panda ia sebuah telemovie yang sangat bagus..

Menyusuri cerita yang berlandas skrip Mazelan Manan ini sebenarnya membawa Panda ke suatu sisi yang lain dari kebiasaan telemovie Melayu. Secara terang panda sudah agak bosan dengan konsep cerita kita yang tersangat streotype..Tetapi Al Ikhlas memberi kelainan tersendiri..Memaparkan Solah ( Nasir Bilal Khan ) yang kematian isteri dan dianggap gila kebanyakan penduduk kampung. Selalu dipergunakan disebabkan sifat ikhlas yang sangat tinggi dalam dirinya. Nasir Bilal Khan pada pandangan Panda membawa watak ini dengan sangat baik. bagaimana intipati Surah Al Ikhlas dapat kita lihat dipegang kemas oleh watak Solah..Tahniah buat Nasir Bilal Khan untuk itu..

Menguatkan cerita adalah Hanim (Lisdawati) yang dihantui rasa bersalah terhadap Solah akibat pertunangan yang diputuskan di masa lampau. Tidak banyak komentar yang dapat Panda beri kerana Lisdawati sudah terbiasa di mata Panda dengan watak2 seperti itu. Pelakon veteran Fauziah Nawi dan Abu Bakar Omar juga jelas menunjukkan seniority mereka dalam bidang lakonan. Walau sedikit tapi sudah cukup menyedap cerita.

Satu watak lagi yang menarik adalah Zaki ( Soffi Jikan )..Pemuda yang beria2 nak menjualkan tanah pusaka arwah ayahnya hingga mengenepikan wasiat ayahnya untuk mewakafkan tapak surau di situ. Soffi Jikan sangat bersahaja dalam membawa watak dan memang berjaya membangkitkan rasa marah dan jelek penonton. Tapi Panda terasa Soffi Jikan seakan2 terbawa konsep yang digunakan olehnya untuk watak Ajib dalam KL Gangster terutama dalam cara melontar dialog. Hisyam ( Wan Suhaimie ) Panda lihat sekadar watak tempelan yang tak begitu banyak memberi impak untuk telimovie Al Ikhlas ini..

Seperti yang Panda katakan tadi, Al Ikhlas memberi sisi lain dalam naratifnya..Ia mengisahkan kehidupan seseorang yang ikhlas serta mentauhidkan Allah S.W.T..tidak ada unsur percintaan yang sering dimomok pada mata kita seperti kebiasaan. Al Ikhlas memaparkan suatu realiti Islami yang kita sering lupa yakni mentauhidkan Allah. Antara adegan yang memberi kesan pada Panda apabila Solah menghuraikan intipati surah Al Ikhlas dari sudut tassawuf..apa yang terkandung di dalamnya sebenar2nya..Zat,Sifat serta Makam ayat tersebut. Dan secara jujurnya kebanyakkan kita juga tidak mengetahui..

Walau tidaklah begitu terperinci tapi cukup untuk mengubat kerinduan panda untuk menonton sebuah cerita yang penuh tauladan,mesej dan yang penting satu paparan yang mengetuk hati kita untuk bangun dan berfikir..Kepada tenaga produksi Enuja serta para pelakon, syabas Panda ucapkan..Diharap telemovie seperti ini dapat diperbanyak agar setidaknya ada sehari hujan di padang pasir yang kemarau setahun......

sampai jumpa lagi..Insyaallah.........wassalam from Mr. Panda..