Well, beberapa ari nie Panda agak sibuk menghabiskan cuti..huhu..Dalam masa itu sempat juga Panda melihat beberapa hal di dalam lingkungan Panda.. Panda nak berbincang tentang budaya COUPLE..
Secara ilmiahnya Panda juga tidak berapa pasti sejak bila budaya couple ini menusuk masuk ke dalam budaya Melayu Islam. Satu masa Panda pernah bertanya kepada seorang tua, kalau zaman dulu2 bagaimana agaknya orang bercouple? dengan tegas atuk tu menjawab " There are no such thing like that "..hehehe..Pasti ramai yang mula berfikir bertapa konservatif dan kolot pemikiran orang kita yang terdahulu..Bak kata pepatah Tak Kenal Maka Tak Cinta..hehehe..Dapatkah kita membayangkan kalau kita tidak melalui proses bercouple tapi terus sahaja berkahwin misalnya...pasti x best, x thrill kerana x melalui proses suai kenal,memahami dan percintaan kan? Kebanyakan kita pastinya memerlukan suatu proses di mana kita perlu mengenali dan memahami sebelum melangkah ke satu tahap yang lebih serius..
Jadi apa yang Panda nak cakap nie mungkin akan tidak dipersetujui oleh ramai, tetapi Panda akan menyatakan tanggapan di atas adalah SALAH....Perasaan suka terhadap insan berlainan jantina adalah fitrah yang normal. Sesiapa sahaja akan merasainya. Bila perasaan ini mula menghinggap maka timbul naluri untuk kita mengenali dengan lebih rapat kan? Dari sini juga memulai keinginan untuk ber'couple'..Baiklah, berbalik kepada konsep murni Islam jika kita mula menyukai seseorang maka hendaklah kita menetapkan niat untuk menjadikan awek tersebut sebagai isteri. Dan kalu kita sekadar ingin menjadikan dia sebagai awek,GF,or apa je yang kita sendiri tak pasti untuk serius berkahwin maka hukumnya HARAM..dari sini telah dapat dilihat bagaimana Islam begitu menjaga kemuliaan sesebuah hubungan. Bila kita dah menetap niat bukanlah beerti kita sudah bebas ber'couple'..
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Bukhari :
" jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya "
Riwayat muslim pula :
" Tiada harus masuk seseorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada beserta perempuan iru mahramnya"
Iman Nawawi menjelaskan dari hadith ini DIHARAMKAN berduaan dengan wanita bukan mahram di rumah wanita itu atau DI MANA-MANA tempat sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya. Maka dari hadith ini dapat dikatakan bercouple adalah HARAM kerana acapkali kita melihat pasangan couple ini memadu kasih di mana jua kita berada..di taman,theme park,tempat rekreasi, bahkan Panda pernah melihat golongan ini bermesra masa Panda melawat Zoo?!!..Agaknya binatang kat situ pun hairan dan pelik dengan perangai kita nie..huhuhu..Couple adalah budaya Nasrani dan Yahudi yang telah deterima pakai oleh umat Islam kita yang jahil agama. Sebab tu di Barat atau di mana jua bangsa kafir boleh sahaja bersekedudukan tanpa kahwin atas dasar mereka saling menyayangi..dan berlarutan sampai beranak pinak juga masih belum berkahwin dan masih di bawah status ber'couple' je..jdi budaya ini sudah mula dipraktikkan kita sedikit demi sedikit...
Jadi ada yang bertanya adakah islam menafikan hak asasi insan untuk menyayangi dan disayangi? Pastinya tidak..seperti Panda nyatakan awal tadi Islam menganjurkan perhububngan yang mulia dan tentunya tak pernah menafikan fitrah insan untuk merasai cinta. dan platformnya adalah perkahwinan..Jadi tnpa bercinta and ber'couple' terlebih dahulu bagaimana kita nak mendapat keserasian dan berkahwin? Baik, Panda nyatakan kat sini di dalam kita menjalin ukhwah serta silaturrahim dapat dirangkumkan kepada tiga tahap..Ta'aruf,Taffahum dan Takkaful...
TA"ARUF
Ta'aruf secara mudah adalah perkenalan. Apabila kita mulai menyukai seseorang maka kita diharuskan mengenalinya. Kita boleh bertanya nama secara langsung atau melalui teman2 kita nama awek tu..Kita juga boleh ja tanya dia tinggal di mana,kerja kat mana or study kat mana..Mengenal juga bererti kita tahu siapa dia, isteri orang atau tunangan orang ke..zaman sekarang ni Panda rasa takdela sulit sangat kita nak menjalankan proses ta'aruf ni kan?
TAFFAHUM
Selepas mengenali orang yang kita berkenan/jatuh hati maka bolehlah kita mulai peringkat Taffahum yakni mengenali. Kita boleh cari tahu secara perbualan atau bertanya kepada kawan2,saudara atau pun jiran awek tu dia nie awek yang macam mana..Harus diingat petua orang dulu2 nak kenal orang kan kenal ibu bapa dia dulu..anak pak haji ke,bilal ke,JKK ke..hehehe..kerana kalau keluarga dia baik2 sedikit sebanyak tentu anak die pun sama..pas tu tengoklah awek tu camne..kaki gi kulliah ke,kaki clubbing ke..aurat dia dijaga tak..pergaulan dia macam mana..kalau dah sosial sangat Panda ingat bohjan sial pun xnak buat bini rite? hehe..so sesi taffahum nie sebenarnya takdela rumit sangat cam kita sangka..nak memahami seseorang lihatlah dari akhlak serta adabnya..tak perlu kan nak bercouple, dating sampai 200x kononnya proses memahami..gi tengok wayang la,taman bunga,air terjun,shopping semua kita pakat pergi..lama kelamaan kita gak jadi boring bro..
TAKKAFUL
Bila kita dah memahami awek tu maka dengan lapang dada kita bolehlah nak menjalani prosed Takkaful iaitu mengambil tanggungjawab...maksudnya kahwinla bro..hehe..so,be gentleman la..tanya dia samaada sudi tak nak jadi isteri kita..kalau ok antalah rombongan meminang and kahwin...pastu couple la 24 jam sehari pun takpe bos...hehehe...Dan lengkaplah kita dalam mengisi fitrah insan kan..
Panda bukan apa,cuma apa yang terbentang depan mata telah cukup membuktikan kenapa budaya couple nie memberi kesan tersangat negatif kepada kita...Jadi mulalah tengok siapa yang berkenan di hati dan mulalah couple secara Islam k...
P/S : ada tak muslimah nak berta'aruf ngan Panda? hehehe....
Sampai jumpa lagi..Wassalam...