" Gong Xi Fa Chai"..ucapan ni mungkin kedengaran biasa pada telinga kita..tapi bila ucapan ini ditujukan kepada seorang Melayu ori seperti Panda oleh somebody yang kulitnya xbrapa nak cerah,hidungnya juga lebih kurang sama jew besar ngan Panda,dan tentunya tanpa mata yg sepet agak sedikit janggal pada Panda..hehehe..
Sebuah negara seperti Malaysia memang x kedengaran aneh dalam meraikan pelbagai perayaan..tapi apa yg Panda nak sentuh disini adalah cara kita meraikannya..Apa yg dpt ditafsir dgn merai dan menyambut? Pada pandangan Panda dalam sebuah melting pot Malaysia,wajarlah kalau kita sama MERAIKAN sambutan perayaan agar kita menjaga suasana harmoni sesama kaum..Tapi Panda melihat kebanyakan orang sudah mulai cenderung utk MENYAMBUT perayaan tersebut..
Jadi apa yang Panda maksudkan MERAI dan MENYAMBUT? seperti yang Panda utarakan awal tadi sebagai warga dalam sebuah negara majmuk tidak salah kita merai mereka yang beragama lain. Islam sendiri menyarankan agar kita berbaik2 sesama manusia agar dapat memelihara keindahan Islam kerana Islam itu agama yang damai. Namun ia sekadar merai dan tidak berlebihan. Berlebihan maksud Panda adalah kita sangat beriya2 seperti kelihatan bagai kita pula MENYAMBUT perayaan itu. Baik dari segi penampilan,atau temasya yang dianjurkan. Memang wajar kita menjaga sensitiviti kaum tapi jangan sampai mengakis akidah sendiri.
Berpakaian seperti Santa Claus, Dewa Kekayaan atau sebagainya walau sekadar bersuka2 sebenarnya adalah sangat tidak wajar kerana kita sudah menyerupai mereka.
Terjemahan Surah Al-Kafiruun ayat 1-6..
" Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir (1),“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.(2), “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah (3), “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat (4), Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat (6), “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.(6)
Jadi jelas telah diperingatkan bahawa kita itu tidak sama sekali boleh menyerupai mereka tambahan pula perayaan adalah berkait langsung dengan kepercayaan sesuatu agama. Dalam hal menjaga sensitiviti ini Panda teringat tentang kisah salah seorang walisongo, Sunan Kudus. Ketika Islam mula bertapak di Tanah Jawa, Sunan Kudus menyebar islam di wilayah Kudus, Jawa Tengah. Pada ketika itu masih ramai penduduk Kudus yang beragama Hindu. Dalam menjaga hubungan serta sensitiviti Sunan Kudus menyarankan agar warga Islam di situ tidak menyembelih lembu. Bahkan untuk aidiladha juga mereka mengorbankan kerbau sahaja. Adakah cara Sunan Kudus ini memperlihat beliau menyamakan Islam dengan agama setempat? tentunya tidak kerana Sunan Kudus hanya memakai strategi untuk keharmonian setempat. Dan Islam tetap berkembang dengan sangat pesat ketika pemerintahan kerajaan Demak.
![]() |
Jaafar Shadiq a.k.a Sunan Kudus ( wafat 1550 ) |
Jadi bagi Panda mengharmoni bukanlah bererti menyamai. Kita boleh sahaja meraikan teman,jiran bahkan sesiapa sahaja dalam menyambut perayaan mereka tetapi harus dalam keadaan yang tidak menyalahi syarak serta bersederhana sahaja..
Apapun kepada teman2 berbangsa Cina Panda nak ucapkan........
See yaa...huhuhu.............Wassalam
No comments:
Post a Comment