Sunday, January 22, 2012

Ikhlas...adakah kita?

Assalamualaikum all frenz..

 " Redha itu ikhlas.., pasrah itu menyerah.."
 mesti ramai yang tahu dialog tu kan. Itu yang diucapkan Mila kepada Izzah di tengah2 bendang yang keemasan disuluh cahaya langit petang..huhu..yup, dialog filem Ombak Rindu..  

 Tapi Panda bukanlah nak berbicara tentang filem tersebut sebab Panda bukanlah layak menjadi pengkritik filem. Adakalanya Panda pun tertanya2 pengkritik filem itu sendiri mampu x nk menghasilkan filem yg bagus..hehe..bagi Panda Ombak Rindu cerita yang bagus. Panda nak berkongsi ayat Mila tadi tu jew..

 IKHLAS..apa yang dapat kita kata tentangnya ek? Sebenarnya ikhlas adalah salah satu kunci keharmonian hidup, bahkan kunci kita mencari keimanan. Ikhlas adalah sesuatu yang sangat halus dan x dapat dihitung..Ikhlas adalah sesuatu yang kita buat dengan bersandar kesedaran serta niat yang maha murni tanpa mengharap balasan mahupun menghitung consequences di atas perbuatan itu..Jadi sejauh mana di dalam hidup kita ni kita semua ikhlas?

 Ikhlaskah kita jika di waktu dulu kita belajar Al-Quran kerana takut dimarahi ayah? Ikhlas x kita ke sekolah kerana x nak dileteri ibu? Ikhlas x kita belajar kalau mengharapkan Gred yg baik supaya dpt smbung belajar n dapat keja yg bagus kemudiannya? Dan lagi, ikhlas x kerja kita kalau kita melakukannya kerana bakal dibalas dengan wang yang kita panggil gaji?

 Panda nak membicarakan ia lebih serius..suatu ketika Panda berkesempatan belajar ilmu Tassawuf..dan ada yang menyentuh bab ikhlas ini..Kenapa kita solat? Pastinya kita akan menjawab kerana rukun serta mengharap pahala dari Allah serta dijauhi dari azabNya..Jadi kita solat kerana kita MENGHARAP sesuatu,adakah ibadah kita ikhlas? Panda xnak memanjangkan soalan ini kerana ia menuntut pengertian yang sgt2 mendalam..cuma Panda nak bicarakan betapa tinggi soal ikhlas ini..

 So, ikhlas x kita dalam hidup ni teman2? Ikhlas x kita berkawan,bekerja,bebicara,bercinta mahupun berkahwin? Jom..sama2 kita berlapang dada..IKHLAS dengan hidup nie..Insyaallah pasti Allah memberi jalan untuk kita...

  Sampai kita bicara isu seterusnya nanti... Assalamualaikum teman2........huhuhuhu



2 comments:

  1. nice one panda!
    i want u to write about my favourite topic, LOVE. hehhh..
    must be a lot of thing u will talk about this one word. :)
    keep it up ! Bunny love you panda.

    ReplyDelete
  2. haha..tq my dear sis cik ara bunny..ok i will post something about your all time favourite issue k..love u 2

    ReplyDelete